Wali Band Cari Jodoh

6 PERKARA YANG DISEMBUNYIKAN ALLAH

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”



Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di
akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

KERANA SEBIJI EPAL................

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

PANDUAN HIDUP BERJIRAN

Pada umumnya manusia suka hidup berteman. Suka berteman ini umumnya didorong oleh pelbagai perkara, diantaranya kerana naluri kemanusiaan yang memerlukan hidup berkumpul. Dari hidup berkumpul inilah manusia dapat memenuhi segala hajat mereka.

Pada ketika manusia memerlukan sebuah rumah, ia tidak akan dapat dibagunkan sekiranya ianya tidak dapat dibantu tanpa manusia yang laian. Pada manusia berfikir pula untuk mendapat keuntungan, maka sudah tentulah mereka akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti berniaga, menjadi buruh dan lain-lain lagi. Akhirnya terbentuklah sebuah manusia di dalam usaha memenuhi keperluan mereka sehari-hari. Mulai dari inilah terbentuk satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum, saling berhubungan kenal sebagai jiran tertangga.

Berbaik-baiklah dengan jiran anda...

Kehidupan berjiran bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Perlu juga sesekali cara hidup berjiran ini haruslah dipelajari kerana kerap juga berlaku sebuah keluarga berperang mulut dengan keluarga yang lain, bahkan kadang-kadang ia berlaku sampai ke tahap pukul-memukul. Sepatutnya perkara ini tidak wajar terjadi sekiranya di antara mereka benar-benar memahami apa itu sebenarnya kedudukan dan faedah hidup berjiran.



Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam tidak melupakan masalah berjiran ini di dalam ajaran baginda. Ini kerana baginda menganggap ia penting sehingga terdapat dalam hadis-hadisnya yang menerangkan peraturan berjiran…

Pada suatu hari baginda datang menemui Abu Zarr yang sedang memasak kuah. Baginda bersabda kepadanya: “Hai Abu Zarr, jika kamu memasak kuah, perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tertanggamu dari masakanmu itu dengan baik”

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Hai wanita-wanita Muslima! Janganlah menganggap remeh merasa rendah memberi sedekah kepada jiran kamu, walaupun, sekadar kaki kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Biasanya terdapat segelintir orang yang membatalkan niatnya memberi sedekah kepada jiran kerana menganggap apa yang akan mereka berikan itu tidak ada harganya dan tidak layak. Padahal, jika kita mengikuti tuntutan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sabagaimana tersirat di dalam hadis diatas, bukanlah begitu caranya. Kita hendaklah menghargainya walaupun barang yang diberikan itu tidak seberapa harganya. Demikian juga pada jiran yang lain. Hilangkanlah prasangka-prasangka buruk yang tiada asasnya dan tidak pula ada hujung pangkalnya.

Sesungguhnya hadiah atau pemberian seseorang itu boleh menimbulkan rasa persaudaraan dan kasih sayang. Tidak mungkin seseorang akan memberi sesuatu kepada orang lain tanpa didorong seseorang mahu memberi sedekah kepada orang lain.

Dari Abi Syuraih al-Khusa’i Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam”. (Riwayat Muslim)

Renung-renungkanlah bersama..

KISAH DUA BERADIK DAN AYAH

Di dalam sebuah pendalaman, tinggal dua beradik bersama seorang duda. Ibu mereka telah meninggalkan dua orang anak lelaki kepada duda ini. Anak pertama bernama Ali dan mendapat pendidikan yang tinggi kerana kelulusan SPM yang melayakkannya. Manakala, anak kedua bernama Ahmad dan hanya belajar di sekolah pondok. Ayah kepada kedua adik-beradik ini memberi kasih sayang yang lebih kepada anak sulung kerana kelulusannya dalam bidang pendidikan. Ayahnya merasakan bahawa anak keduanya itu tidak memberi apa-apa faedah untuk dirinya. Maklumlah zaman sekarang mana ada menerima pekerja yang tiada kelulusan. Jadi anak pertamnya itu sering tiada di rumah kerana sibuk dengan belajar dan bekerja untuk membantu ayahnya.

Sampailah suatu masa ayah kepada kedua beradik itu memanggil anaknya untuk bertanya tentang satu soalan.

Ayahnya berkata, “Mengapakah itik mengeluarkan bunyi yang sangat bising?”.

Anaknya menjawab, “Oh, jawapannya mudah saja. Berdasarkan kajian sains, itik mengeluarkan bunyi yang bising kerana lehernya yang panjang dan.........(bla....bla...)”.

Itulah jawapan Ali yang sangat melebar panjang.

Tetapi berlainan pula dengan Ahmad.

Ayahnya mula tersenyum sinis dengan menyangkakan bahawa anak keduanya pasti tidak akan dapat menjawab soalan. Tetapi Ahmad menjawab dengan begitu yakin sekali dengan hanya tiga patah perkataan.

Jawabnya, “Semuanya kerana Allah”.

Terbahak-bahak Ali mendengar jawapan adiknya itu. Baginya jawapan itu tidak masuk akal. Ahmad tidak terkejut dengan kata-kata abangnya kerana dia sangat yakin dengan jawapan yang dipilih.

Dengan begitu yakin lagi dia berkata, “Semuanya kerana Allah. Kalau tidak kerana Allah bagaimana katak mengeluarkan bunyi yang kuat sedangkan lehernya pendek dan tidak sama seperti itik. Dan bagaiman pula dengan zirafah yang mempunyai leher panjang tetapi adakah dia mempunyai suara yang lantang?”

Abang dan ayahnya terkedu kerana mendapat tamparan yang hebat. Semua jawapan itu tidak pernah terlintas sedikit pun dalam minda mereka.

Ahmad menyambung lagi, “Segala yang ada di dunia ini semuanya kehendak Allah, semuanya kerana Allah. Firman Allah ‘kun fayakun’ maka jadilah ianya dengan kehendak Allah. Jadi janganlah kita perlekehkan soal yang kecil sekali pun. Kerana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Allah juga menciptakan kita bukan dengan sengaja tetapi ada sebabnya iaitu

‘Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepada Allah’ (Az-zariyat).

Dan banyak lagi firman Allah jika kita mengkajinya”.

Jadi sama-samalah kita ambil pengajaran dari cerita ini. Segala yang salah bolehlah dibetulkan. Wallahua’lam.

ANDA RASA LETIH...........................

JIKA anda sering berasa letih, ia mungkin berpunca dari jantung dan koenzim Q10 (CoQ10) yang diperlukannya. Saiz jantung adalah lebih kurang sebesar genggaman tangan dan ia terdiri daripada tisu otot khas.

Tisu otot jantung adalah sesuatu yang menakjubkan dan hanya dijumpai pada satu tempat sahaja iaitu di jantung.

Bukan seperti dua jenis otot yang lain, otot boleh kawal dan otot luar kawal, otot-otot jantung tidak tahu berehat dan tidak pernah penat mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah sepanjang 60,000 batu.

Jantung berdegup sebanyak kira-kira 72 degupan setiap satu minit dan 100,000 degupan setiap hari tanpa henti selagi anda masih hidup.

Ini merupakan suatu kerja keras dan untuk melaksanakan tugas ini jantung anda memerlukan tenaga yang amat banyak.

Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa kita muda. Badan kita mengeluarkan semua tenaga yang diperlukan oleh jantung.

Tetapi apabila kita semakin tua, sistem enzim kita mula menjadi perlahan, dan tenaga yang dibekalkan kepada jantung semakin berkurangan.

Oleh itu, apabila usia kita mencecah 50-an dan 60-an, jantung kita secara mendadak mengalami kekurangan tenaga.

Apabila jantung anda tidak memperolehi tenaga yang mencukupi, sudah semestinya ia tidak akan mampu untuk mengepam darah dengan begitu cekap menerusi arteri, vena dan kapilari yang berjumlah sepanjang 60,000 batu itu.

Talian saluran darah ini menampung semua organ badan anda serta bertrilion sel dengan membekalkan oksigen dan nutrien-nutrien perlu sepanjang masa.

Sekiranya sel-sel dan organ-organ itu tidak memperolehi oksigen dan nutrien dengan mencukupi, gejala pertama yang akan berlaku ialah anda akan berasa letih dan tidak bermaya. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, anda mungkin akan jatuh sakit.

Oleh itu, jika anda merungut bahawa anda tidak lagi bertenaga seperti dahulu, masalah anda mungkin berpunca daripada keadaan jantung yang tidak memperoleh tenaga dalam jumlah yang benar-benar diperlukannya.



l Tenaga jantung

Di dalam setiap sel yang bertrilion banyaknya itu, terdapat loji-loji penjana tenaga yang dikenali sebagai mitokondria.

Reaksi biokimia yang kompleks berlaku di dalam mitokondria untuk menukarkan makanan menjadi tenaga kimia (adenosine triphosphate atau ATP).

ATP merupakan sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan seolah-olah seperti sebuah bateri yang diperlukan oleh sel-sel untuk berfungsi dengan lancar.

Koenzim Q10 (CoQ10) merupakan komponen yang penting dalam proses pengeluaran ATP dan tanpa CoQ10 tenaga tidak akan dapat dikeluarkan.

Maka tidak hairanlah jika otot jantung, yang merupakan suatu tisu yang paling aktif, mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan.

Tetapi malangnya, pengeluaran CoQ10 oleh badan kita menjadi perlahan apabila kita semakin berumur.

Apabila umur anda mencecah 40-an, CoQ10 anda akan berkurangan sebanyak 40 peratus berbanding semasa anda berumur 20-an dahulu. Apabila umur anda mencecah 70-an pula, jumlah CoQ10 anda akan berkurangan sebanyak 60 peratus.



l Tisu otot jantung dan paras CoQ10

Semua sel memerlukan CoQ10 tetapi sesetengah daripadanya adalah lebih sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah. Beberapa jenis sel, tisu atau organ mungkin mengalami masalah kekurangan CoQ10 tetapi masih lagi dapat berfungsi dengan baik.

Namun demikian, bagi sel, tisu atau organ yang lain mungkin amat sensitif terhadap kekurangan CoQ10 walaupun ia cuma penurunan dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan boleh membawa kepada kelemahan, keletihan dan beberapa penyakit yang lain.

Bahagian badan yang sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung, otak, sistem imun dan juga tisu-tisu gusi.

Organ yang paling sensitif terhadap paras CoQ10 yang rendah ialah jantung. Ini mungkin satu sebab mengapa penyakit jantung tersenarai sebagai antara penyakit pembunuh utama di dunia.

Tetapi ada berita baiknya; tenaga dapat dikembalikan kepada sel-sel tersebut dengan pengambilan suplemen CoQ10.



l Sumber CoQ10

Walaupun CoQ10 boleh didapati secara semulajadi di dalam banyak jenis makanan seperti daging lembu dan sayur-sayuran, jumlah CoQ10 di dalam makanan-makanan tersebut adalah sangat kecil. Adalah amat sukar untuk memperolehi lebih daripada lima miligram (mg) CoQ10 sehari daripada makanan kita.

Oleh itu, pengambilan suplemen CoQ10 disarankan bagi membekalkan keperluan tenaga optimum badan, terutamanya jantung.

Bentuk-bentuk tradisi suplemen CoQ10 adalah seperti serbuk CoQ10 yang diampaikan di dalam minyak soya dan dimasukkan ke dalam gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk atau kapsul-kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk. Namun ia tidak mudah diserap oleh badan.

Masalahnya, saiz zarah CoQ10 adalah sangat besar, serta tidak larut air dan juga tidak begitu larut dalam lipid, membuatkan ia sukar untuk diserap oleh badan.

Dengan CoQ10 yang berbentuk Hydrosoluble yang diperbuat dengan menggunakan Teknologi BioSolv yang dipatentkan, saiz zarah CoQ10 itu dapat dikecilkan sehingga menjadi lebih kecil daripada saiz bakteria!

Pada umumnya, dalam keadaan yang sedemikian, lebih kecil saiz zarah berkenaan, maka lebih baik kadar penyerapannya. Bentuk CoQ10 Hydrosoluble juga memberikan lebih tiga kali ganda lebih tinggi penyerapan CoQ10 ke dalam badan berbanding suplemen-suplemen CoQ10 yang lain.

Oleh kerana ramai yang mempunyai paras CoQ10 yang rendah selepas melangkaui umur 35 tahun, maka mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu pelaburan yang amat berharga untuk mencapai kesihatan optimum di usia emas.

Ramai juga yang mengambil suplemen koenzim Q10 lazimnya melaporkan peningkatan mendadak dalam paras tenaga mereka sebaik sahaja mereka mula mengambil bentuk CoQ10 yang larut air.

Mereka dapat bermain lebih banyak golf, dapat kembali semula ke gelanggang tenis, dan selepas semua itu masih mampu meluangkan masa bersama anak dan cucu-cucu mereka.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak seharusnya digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat pakar kesihatan.

ADAB-ADAB BERGURU

Adab untuk dirinya sebagai murid pula terdiri daripada tujuh perkara:
1. Membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan tercela seperti riya’, sombong, takabbur, hasad dengki dan sebagainya lagi yang termasuk didalam sifat-sifat yang dikeji dan memperelokkannya dengan sifat-sifat yang dipuji yang lain seperti ikhlas, benar, zuhud, tawadhuk dan sifat-sifat terpuji yang lain kerana ilmu itu adalah sebahagian daripada ibadat yang batin dan ibadat tidak dianggap sah kecuali apabila suci daripada najis. Umpamanya solat tidak sah kecuali apabila tempat solat didirikan, tubuh badan dan pakaian orang yang bersolat semuanya suci dan bersih daripada najis yang zahir.

Oleh kerana ilmu itu berupa ibadat yang batin maka dianggap tidak sah melainkan apabila batin, iaitu hati bersih dan suci daripada najis yang batin yakni yang didalam hati. Sifat yang keji dan jahat yang tersembunyi di dalam hati itu adalah najis sepertimana firman Allah:

Ertinya: “ Sesungguhnya orang-orang yang syirik itu najis” (At-Taubah:28)

Menurut Imam Al Ghazali bahawa najis itu tidak semestinya terdapat pada pakian dan tubuh badan secara zahir. Selagi hati masih tercemar dengan sifat-sifat yang keji maka cahaya ilmu yang bermanfaat kepada agama menjadi malap dan tidak dapat menerangi hati itu. Kerana inilah Ibnu Mas’ud r.a berkata: Ertinya: “Ilmu itu bukan diperolehi dengan banyak periwayatan dan kajian buku-buku tetapi ilmu itu adalah cahaya yang dilontarkan oleh allah kedalam hati.”

2. Mengosongkan hati daripada hal-hal keduniaan dan menjauhkan daripada memikirkan tentang anak dan isteri dan segala yang boleh membimbangkannya agar hati itu tertumpu sepenuhnya kea rah menuntut ilmu, kerana Allah telah berfirman:

Ertinya : “ Allah tidak menjadikan untuk seorang itu dua hati dalam perutnya iaitu tidak masuk ke dalam hati seorang Islam jika ia memikirkan selainnya. “ (Al-Ahzab : 4)

3. Orang yang belajar atau murid itu hendaklah merendah diri meletakkan diri di darjat paling bawah dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan kepadanya oleh guru. Umpamanya ia berkata di dalam hati : Ilmu ini remeh atau kitab ini kecil sedangkan aku telah banyak belajar, mengapakah guruku menyuruhku belajar menggunakan kitab sekecil ini? Sebaliknya murid hendaklah menerima apa yang di ajarkan oleh guru dan apa yang disuruhnya, tidak menyangkal gurunya dan tidak mengarahkan guru mengajarkannya sesuatu ilmu yang ia mahukan atau mengarahkannya menggunakan sebuah kitab tertentu, tetapi hendaklah menyerahkan kehendaknya itu bulat-bulat kepada gurunya dan menerima sahaja apa yang disuruh oleh guru supaya dipelajari

Murid juga hendaklah senantiasa berkhidmat kepada gurunya bagi mendapatkan berkat darinya. Saiyidina Abdullah bin Abbas sentiasa berkhidmat kepada gurunya Saiyidina Zaid bin Tsabit. Setiap kali gurunya itu memimpinnya kea rah yang mahu dituju oleh Saiyidina Zaid bin Tsabit sehingga Saiyidina Zaid pernah berkata kepadanya, “ Lepaskan tali kekang itu wahai sepupu Rasulullah s.a.w.?” Saiyidina Abdullah bin Abbas menjawab : “ Itulah yang disuruh kami lakukan kepada pembesar, guru dan ulama’ kami. “ Lalu Zaid bin Tsabit pun mengucup tangan Saiyidina Abdullah bin Abbas dengan berkata. “ Itulah yang disuruh kami lakukan kepada Ahlul Bait dan kerabat Penghulu kami s.a.w.”

Sabda Nabi:

Ertinya: “ Bukan daripada akhlak orang mukmin perbuatan menghina diri kerana meminta sesuatu melainkan di dalam menuntut ilmu. “

4. mengelak daripada mendengar ilmu yang menjadi perselisihan di kalangan ulama’ kerana ini boleh menimbulkan kebingungan yang tidak menghasilkan sebarang faedah dari ilmu itu di samping membuatkan hati gagal menentukan yang mana harus di pegang. Oleh itu orang yang baru mula mengikuti jalan Akhirat hendaklah menuntut ilmu yang menjuruskan hati kea rah ibadat dan tidak bermaksud menuntutnya untuk mengetahui aspek-aspek yang diperselisihkan oleh para ulama’

5. Tidak melepaskan peluang segala seni yang dipuji syara’ andainya mahukan kemahiran, tetapi hendaklah dibuat selepas menuntut Ilmu Fardhu Ain yang bermanfaat itu dan setelah mengamalkannya, dan juga mempunyai masa yang terluang setelahmengerjakan wirid. Ini ialah menuntut ilmu seni kemahiran itu merupakan Fardhu Kifayah, dan sebagaumana sedia maklum sesuatu yang berupa Fardhu Ain itu mesti mendahului sesuatu yang dianggap Fardhu Kifayah

6. Ia hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang bermanfaat di Akhirat yang dinyatakan. Barangsiapa sibuk dengan menuntut seni ilmu tasawuff memadai baginya, sebab ia mengandungi ilmu usluddin iaitu I’tiqad, Ilmu Feqah iaitu ilmu Ibadat, Ilmu Muamalat dan Ilmu Suluk dan Tariqat yang membawa kepada Ilmu Mukasyafah dan ilmu Haqiqat. Kerana inilah Imam Al Ghazali pernah berkata:

“ Ilmu muamalat iaitu ilmu dan amalan itu membawa kepada ilmu mukasyafah. Dan mukasyafah ialah Penyingkapan hati seorang itu kea rah Ma’rifatullah Taala iaitu mengenal Allah. Ianya Nur atau cahaya yang dicampakkan Allah ke dalam hati hasil daripada amalan ibadat dan mujahadah iaitu perjuangan menentang hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan dia itulah yang seterusnya membawa ke martabat keimanan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. yang jika ditimbangkan dengan keimanan seluruh isi bumi nescaya keimanan Abu Bakar lebih berat lagi disebabkan suatu rahsia yang terpahat di dalam hatinya tanpa perlu kepada bukti-bukti dan hujjah-hujjah. “

Imam Al-Ghazali berkata lagi

“Dan Ketahuilah bahawa semulia-mulia ilmu dan kemuncaknya ialah ma’rifatullah Ta’ala iaitu mengenal Allah melalui nur keimanan yang terdapat di dalam hati. Ianya merupakan lautan yang tidak diketahui penghujung dalamnya. Para Anbiya’ merupakan manusia yang paling jauh berada di dalamnya, diikuti oleh para Auliya’, kemudian orang-orang yang menyusuli mereka. “

7. Tujuan mereka menuntut ilmu itu hendaklah semata-mata kerana Allah Ta’ala iaitu menjunjung titah perintahNya kerana Akhirat dan kerana mahu memperelokkan dirinya yang zahir kelihatan dengan amalan ibadat kepada Allah Ta’ala dan memperbaiki batinya iaitu hatinya dengan segala sifat yang terpuji dan membersihkannya dari segala sifat yang cela dan keji di samping sentiasa hadir mengingati Allah Ta’ala. Ini akan menyampaikannya kepada ma’rifatullah Taala dan seterusnya kepada martabat yang tinggi dan kepada kedudukan Malaikat Al Muqarrabin.